Rabu, 11 Maret 2009

Wanita Malaysia Tidak Puas Seks !

Sungguh mengejutkan tetapi itulah hakikatnya. Menurut kajian sebuah farmaseutikal antarabangsa mendapati hampir 73% wanita Malaysia didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seks bersama pasangan mereka.
Antara punca nya ialah kecenderungan mereka yang lebih mengutamakan kehidupan keluarga dan kerjaya daripada kepuasan seks pasangan masing-masing. Hasil kajian tersebut juga diragui oleh sesetengah pihak dan ini sudah pasti ianya adalah cabaran kepada golongan lelaki di Malaysia untuk memastikan prestasi seks mereka sentiasa memuaskan.

Di Jepun menurut kajian yang sama, sebanyak 95% wanita di negara itu merungut yang mana mereka tidak mencapai kepuasan seks bersama pasangan mereka!

wanita malaysia seks
Sumber: Pfizer Malaysia
Lihat statistik yang menggerunkan bagi kaum lelaki yang mana tahap ketidakpuasan seks dari kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki yang sekaligus menceritakan situasi sebenar sekarang!

Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada masalah “tidak puas seks ini?”
- bagi lelaki, masalah mencapai ereksi menjejaskan tahap kepuasan seksual
- kurang perbincangan antara pasangan
- tekanan
- masalah keluarga
- lebih mengutamakan perkara lain sebagai keutamaan hidup, berbanding isu seksual
- ia tidak berkaitan dengan peningkatan umur
- kehidupan secara keseluruhan seseorang individu mempengaruhi tahap seksualisma.

http://ajaran.wordpress.com/2009/03/10/gempar-wanita-malaysia-tak-puas-seks/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar